Sisa Pepejal
Pengurusan Sisa Pepejal
Pembersihan Awam
Perundangan
Kitar Semula
Gis
Penerbitan
Pertubuhan Pengurusan Sisa Pepejal
Universiti
Kalendar Aktiviti
Keratan Akhbar
Soalan Lazim
Syarikat Konsesi
Pautan
Perisian
 
Insinerator

kembali


ez16040912399384420.jpg Definisi Insinerator
ez16040912399384420.jpg
Pengenalan
ez16040912399384420.jpg
Jenis-Jenis Insinerator
ez16040912399384420.jpg
Garis Panduan Perancangan Tapak Insinerator
ez16040912399384420.jpg
Masalah-Masalah Dalam Melaksanakan Kemudahan Insinerator
ez16040912399384420.jpg
Rajah Skematik Pembakaran Insinerator

Definisi Insinerator

Insinerator ialah:

  • Kaedah baru yang digunakan untuk mengurus / melupuskan sisa pepejal secara pembakaran.
  • Pemprosesan termal (secara pemanasan) sisa pepejal melalui kaedah pembakaran, iaitu pengoksidaan kimia dengan stoikiometrik dan angin.
  • Produk yang diperolehi adalah gas pembakaran, yang terdiri daripada nitrogen, karbon dioksida, wap air dan debu.
  • Tenaga boleh diperolehi melalui penukaran haba kepada gas pembakaran.


Pengenalan

Insinerator merupakan suatu mesin yang digunakan untuk memproses bahan-bahan buangan melalui proses pembakaran. Secara amnya, konsep jenis bahan buangan boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu bahan buangan umum (buangan pepejal dan najis) dan bahan buangan industri hasil aktiviti industri. Terdapat pelbagai jenis insinerator, seperti ' mass burning grate, system', 'rotary kiln ', ' fluid bed ' dan ' multiple heart ' . Tetapi terdapat dua jenis kaedah yang dijalankan iaitu 'Mass - Fired Combustor' dan 'RDF - Fired Combustors'.


Jenis-Jenis Insinerator

Insinerator boleh direkabentuk dari berbagai-bagai teknologi. Terdapat dua (2) jenis kaedah yang biasa di gunakan semasa menjalankan operasi. Kaedah tersebut adalah 'Mass - Fired Combustor' dan 'RDF - Fired Combustors':

a) Mass - Fired Combustor

Di sini Sisa pepejal diproses secara minimum sebelum ia dimasukkan ke dalam alat pembakaran bertujuan untuk menjadi bahan bakar. Kemua 'Municipal Solid Waste' (MSW) yang masuk dalam alat pembakaran termasuklah objek bersaiz besar yang tidak mudah terbakar serta sisa berbahaya akan menjadi bahan bakar yang utama di dalam sistem tersebut. Tenaga yang terhasil daripada pembakaran tersebut mungkin akan berubah-ubah,
bergantung kepada iklim, musim dan sumber sisa tersebut.

(b) RDF - Fired Combustors

RDF boleh dihasilkan dalam bentuk kisaran, 'fluff' atau pelet yang padat atau dalam bentuk kiub. Densified RDF (d-RDF) memerlukan kos yang tinggi untuk dihasilkan tetapi ia senang untuk diangkut dan disimpan. Ia terbentuk sama ada melalui pembakarannya sendiri atau di campur dengan batu arang (coal). Sistem pembakaran RDF secara fizikalnya lebih kecil berbanding dengan mass — fired combustor kerana sistem RDF memerlukan tenaga yang lebih tinggi.
Sistem RDF-fired juga adalah boleh dikawal dengan lebih efektif berbanding dengan sistem mass -fired kerana lebih homogeneous, iaitu pembakaran dikawal dengan lebih baik, serta pemcemaran udara dapat dikurangkan. Sistem rekabentuk yang betul untuk pra-proses 'Municipal Solid Waste' (MSW) boleh memberi kesan kepada penyingkiran logam, plastik dan bahan-bahan lain yang boleh menyebabkan merbahaya kepada udara.

Keatas


Garis Panduan Perancangan Tapak Insinerator

Garis Panduan Perancangan Tapak Insinerator Berskala Kecil

Lokasi kawasan hendaklah bertanah pamah dalam pusat bandar atau kawasan perumahan, beserta jarak yang sesuai dari jalan utama. Saiz tapak keluasan minimum ialah 0.4-2 hektar (1-5 ekar). Kapasiti - muatan 15-200 tan sehari untuk 1 unit insinerator. Bahan pembakaran hanya sisa domestik seperti sampah-sarap, sisa makanan,'garden waste' , sisa buangan binatang dan pertanian seperti sekam padi dan sebagainya.
Reka bentuk bangunan loji bangunan jenis tertutup dan mempunyai serombong asap bagi mengawal pencemaran mengikut ketinggian yang dibenarkan oleh Jabatan Alam Sekitar(JAS). Landskap dan Alam Sekitar zon penampan (minima) ialah 10 meter, boleh digunakan sebagai tempat letak kenderaan dan kawasan lapang awam serta rekreasi. Selain itu, jarak minimum sepanjang kiri dan kanan jalan untuk masuk ke tapak bangunan dengan tanaman pokok yang sesuai ialah 2.1-2.7 meter. Tempat letak kenderaan (TLK) ialah berkeluasan 100 meter persegi. Laluan masuk (accessibility) hendaklah berjarak antara 12 - 15 meter.

Garis Panduan Perancangan Tapak Insinerator Berskala Sederhana

Lokasinya hendaklah disempadan kawasan pembangunan atau di luar kawasan pembangunan yang berisiko rendah dari segi aspek kesan ke atas alam sekitar. Jarak minimum dari kawasan tumpuan pembangunan ialah 50 km radius. Saiz tapak antara 35-40 hektar di mana 10 hektar dikhaskan untuk tapak loji bagi menampung 100,000 penduduk selama 20 tahun. Kapasiti muatan sisa domestik dan pepejal antara 200-400 tan sehari. Bahan pembakaran terdiri daripada sisa makanan, sampah-sarap, barang-barang pukal daripada kawasan perumahan, perniagaan, sekolah dan kawasan awam seperti rangka / bingkai kenderaan, barang elektrik, perabot dan sebagainya.
Perkara yang perlu diambil kira termasuk reka bentuk bangunan loji, warna yang sesuai dengan persekitaran, cuaca dan pembangunan di kawasan tersebut. Landskap dan keadaan sekeliling zon penampan hendaklah sekurang-kurangnya 200 meter, ditutup dan dipagar untuk tujuan keselamatan. Menyediakan minimum 2.1-2.7 meter sepanjang kiri dan kanan jalan masuk ke tapak bangunan dengan tanaman pokok yang sesuai. Tempat letak kereta (TLK) ialah berkeluasan 100 meter persegi. 10% dari keluasan zon penampan perlu dihijaukan (minimum). Laluan masuk antara 15-18 meter.

Garis Panduan Perancangan Tapak Insinerator Berskala Besar

Lokasinya terletak di sempadan kawasan pembangunan atau luar kawasan pembangunan. Jarak minimum dari kawasan tumpuan pembangunan ialah 50 km radius. Saiz Tapak keluasan 60 hektar di mana 10 hektar dikhaskan untuk tapak loji bagi menampung bahan buangan pepejal dan berjadual selama 20 tahun. Kapasiti muatan sisa pepejal dan berjadual melebihi 400 tan sehari. Bahan Pembakaran sisa pepejal dan sisa berjadual dari kilang kawasan perusahaan, perumahan dan perniagaan termasuk 'toxic industrial waste'. Reka bentuk Bangunan Loji, warna yang sesuai dengan persekitaran, cuaca dan pembangunan kawasan tersebut perlu dipertimbangkan.
Landskap dan persekitaran zon penampan sekurang-kurangnya 200 meter, ditutup dan di pagar untuk tujuan keselamatan. Menyediakan minimum 2.7 meter sepanjang kiri dan kanan jalan masuk ke tapak bangunan dengan tanaman pokok yang sesuai. Tempat Letak Kereta (TLK) ialah berkeluasan 100 meter persegi. Zon Penampan hendaklah 200m - 1000m lebar, dan minima 10% dari keluasan zon penampan perlu dihijaukan. Laluan Masuk antara 20-36 meter.

Keatas

Masalah-Masalah Dalam Melaksanakan Kemudahan Insinerator

Perkara-perkara yang perlu diambil perhatian terhadap kemudahan insinerator bagi
pembakaran 'Municipal Solid Waste' (MSW) adalah berkaitan dengan:
1) Kedudukan /lokasi
2) Pencemaran udara,
3) Pelupusan baki sisa
4) Pencemaran air
5) Ekonomi

1) Kedudukan /lokasi
Lokasi yang sesuai untuk membina kemudahan tapak insinerator ialah kawasan yang
berhampiran dengan kawasan perumahan dan industri tetapi ia perlu mengambil kira aspek kesan terhadap alam sekitar dan nilai estetik. Untuk meminimumkan kesan terhadap operasi kemudahan pembakaran, Ia perlu dilokasikan dalam kawasan di mana persekitaran zon pemampan boleh dikekalkan.

2) Pencemaran Udara
Operasi insinerator ini akan menghasilkan pelbagai jenis gas terutama karbon dioksida dan partikel yang berkemungkinan berbahaya seperti debu-debu. Sistem pengawalan reka bentuk adalah bahagian yang sangat penting dalam sistem rekabentuk pembakaran.

3) Pelupusan Baki Sisa
Sebahagian baki sisa pepejal yang terhasil melalui pembakaran ini termasuklah abu sisa/'ash', debu-debu serta produk s'crubber'. Kebiasaanya, abu sisa (bottom ash) akan dilupuskan di tapak pelupusan Pelupusan abu sisa di tapak pelupusan perlu diberi perhatian khusus kerana dibawah keadaan tertentu, bahan tercemar boleh melarut resap ke dalam air bawah tanah. Akibatnya, abu daripada pembakaran kini dilupuskan di dalam lapisan tanah tapak pelupusan.

4) Pencemaran air
Pencemaran air daripada kemudahan kebakaran pembakaran boleh meningkat daripada satu atau lebih sumber berikut:
a) Air sisa daripada penyingkiran debu-debu
b) Efluen daripada scrubber
c) Air sisa daripada aktiviti-aktiviti pembersihan awam
d) Air sisa daripada sistem rawatan yang digunakan untuk menghasilkan pemanas air yang berkualiti tinggi.
e) Penyejukan sistem adalah antara punca berlaku pencemaran air.

5) Ekonomi
Cadangan sistem pembakaran perlu dinilai dengan teliti dengan mempertimbangkannya daripada segi ekonomi. Cara terbaik untuk membandingkan pilihan-pilihan yang ada adalah dengan mendapatkan kiraan kitaran hidup, yang mana kiraan yang diambil kira termasuklah kos operasi dan penyelenggaraan terhadap jangka hayat sistem tersebut.


Rajah Skematik Pembakaran Insinerator

ez30060912463770180.jpg

Keatas

kembali

 
 

© YBhg. Datuk Haji Zaini Bin Md Nor. Hak Cipta Terpelihara
Dikemaskini pada 07 November 2012 | Dasar Privasi
web counter