Sisa Pepejal
Pengurusan Sisa Pepejal
Pembersihan Awam
Perundangan
Kitar Semula
Gis
Penerbitan
Pertubuhan Pengurusan Sisa Pepejal
Universiti
Kalendar Aktiviti
Keratan Akhbar
Soalan Lazim
Syarikat Konsesi
Pautan
Perisian
 
Pengenalan

1.png

Melalui Sistem Maklumat Geografi, ahli-ahli Perbadanan berupaya menonjolkan komitmen jabatan masing-masing dengan menyedia dan menyebarkan maklumat yang dikehendaki, yang akan menyokong perancangan pembangunan negara secara terancang dan sistematik di samping tidak mengabaikan tanggungjawab pemuliharaan alam sekitar. Semoga tumpuan fungsi jabatan diuruskan seiring dengan visi dan aspirasi pembangunan serta agenda negara ketika ini.

Teknologi Penderiaan Jauh dan Sistem Maklumat Geografi (GIS) kebelakangan ini digunakan dengan meluas oleh pelbagai lapisan pengguna. Penderiaan jauh dan sistem maklumat geografi telah digunakan dalam pelbagai bidang untuk pelbagai tujuan terutamanya dalam kajian alam sekitar, analisa dan sebagainya. Walaupun teknologi ini belum digunakan secara meluas di Malaysia, namun ia telah mula mendapat tempat di beberapa institusi pengajian tinggi dan badan-badan lain memandangkan kelebihan yang ada pada teknologi ini.

2.png

3.png

Apa yang GIS boleh buat?

Terdapat pelbagai kaedah

GIS adalah Geographic Information System atau dalam Bahasa Malaysia adalah Sistem Maklumat Geografi.
Mana-mana jabatan & agensi berlumba-lumba
untuk mengetahui keupayaan, cara guna GIS ini
dan membeli perisian GIS ni untuk diaplikasikan
di tempat kerja mereka.

Tetapi apa tu GIS? Untuk tidak memeningkan kepala diterangkan sikit mengenai GIS ni. GIS adalah satu sistem komputer yang berkeupayaan menerima (input), menyimpan (store), mengeluarkan (retrieve), menganalisa (analyse ) serta memaparkan (display ) kembali data reruang (spatial ). Bermakna GIS ini adalah satu sistem perkomputeran di mana ia ada komponen-komponen untuk menyokong sistem ini. Komponen-komponen GIS adalah terdiri daripada

1) Personel
2) Perisian
3) Perkakasan
4) Data
5) Kaedah.

4.png

Komponen GIS adalah seperti rajah dibawah

5.png

Aplikasi GIS di dalam Perancangan Bandar Dan Wilayah

Pemilihan tapak dilakukan untuk memilih lokasi yang terbaik untuk sesuatu aktiviti. Dalam tugasan perancangan, aktiviti ini diketahui tetapi lokasi masih belum dikenalpasti lagi. Untuk mencari lokasi yang terbaik untuk sesuatu aktiviti, keperluan aktiviti perlu dipadankan dengan keadaan tanah. Seorang perancang memerlukan maklumat yang pelbagai tentang keperluan aktiviti terhadap ciri-ciri lokasi dan keadaan tanah supaya pengenalpastian dapat dibuat.

6.png

GIS adalah alat sistem sokongan perancangan yang boleh digunakan untuk menilai alternatif yang ada dan membuat keputusan. Ia boleh melibatkan proses pengulangan pertanyaan maklumat dan pencarian melalui paparan grafik, atau proses lebih formal yang dikenali sebagai penilaian pelbagai kriteria (Multi-Criteria Evaluation - MCE).


Keperluan GIS


Mengapa GIS diperlukan?

GIS mampu memberi maklumat yang cepat
dan berkualiti untuk membuat keputusan
yang baik tentang penggunaan ruang.
Penyimpanan data dalam GIS akan
membawa kepada himpunan, penyimpanan
dan penyebaran data yang lebih efektif.

7.png

 
 

© YBhg. Datuk Haji Zaini Bin Md Nor. Hak Cipta Terpelihara
Dikemaskini pada 07 November 2012 | Dasar Privasi
web counter