|
Definisi
Definisi Perkhidmatan Pembersihan Awam Mengikut Akta 672
-
Membersihkan jalan awam, tempat awam, tandas awam dan longkang awam.
-
Membersihkan :
i. Pusat penjaja kecuali medan makan yang dipunyai dan disenggarakan secara persendirian dan
ii. Pasar kecuali pasar yang dipunyai dan di senggarakan secara persendirian.
-
Membersihkan sisa pepejal terkawal yang dibuang dengan menyalahi undang-undang di atas jalan awam dan di tempat awam.
-
Membersihkan pantai.
-
Memotong rumput di tepi bebendul jalan awam.
-
Memotong rumput ditempat awam.
-
mengalihkan bangkai
tetapi tidak termasuk pelandskapan dan penyenggaraan jalan awam dan tempat awam.
 |
Membersihkan Jalan Awam Mengikut Akta 672
Jalan Awam bermaksud:-
a) mana-mana jalan awam yang sedang diperbaiki atau disenggarakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan tetapi tidak termasuk mana-mana jalan persekutuan, jalan negeri, lebuh raya, jambatan, terowong atau apa-apa yang bersambung kepada jalan itu yang disenggarakan dan dijaga oleh mana-mana Pihak Berkuasa Persekutuan atau Negeri atau mana-mana orang persendirian atau badan persendirian.
b) Yang telah dipindahkan hak milik kepada atau telah terletak hak pada Pihak Berkuasa Tempatan di bawah mana-mana undang-undang bertulis, termasuklah mana-mana jalan, medan, halaman, jalan kecil, lorong, jambatan, siar kaki, haluan jejak, jalan enam kaki, jalan lalu, terowong, hentian sebelah, persimpangan, bulatan, pulau pembahagi lalu lintas, pembahagi jalan, lorong lalu lintas, lorong memotong, lorong perlahan, bahu jalan, jalan median, laluan atas, laluan bawah, jalan tuju, tanjakan masuk atau keluar sama ada jalan tembus atau tidak, yang orang awam berhak lalu. |
|
Membersihkan Tempat-Tempat Awam
Ianya bagi mewujudkan persekitaran yang bersih dari sampah sarap di tempat-tempat awam seperti kawasan rekreasi, stesen bas, kawasan pantai dan sebagainya. |

|
|
Membersihkan Tandas-Tandas Awam
Ianya bagi memastikan tandas-tandas awam selamat digunakan serta memberi keselesaan kepada orang ramai yang menggunakannya. Tahap kebersihan tandas awam yang tinggi adalah penting untuk memberi imej yang baik kepada negara. |
Membersihkan Longkang-Longkang Awam
Ianya bagi memastikan longkang-longkang awam bersih daripada sisa pepejal termasuk sisa-sisa makanan dan tumbuh-tumbuhan, supaya air dapat mengalir dengan lancar untuk mengelakkan berlakunya banjir kilat serta mencegah pembiakan vektor yang boleh menyebabkan penyakit. |

|
|

|
Membersihkan Pusat Penjaja Dan Pasar Awam
Ianya bagi memastikan persekitaran yang bersih dan selamat di pusat penjaja dan pasar awam supaya dapat mencegah pembiakan vektor yang boleh mendatangkan penyakit berjangkit serta memberi keselesaan kepada pengguna. |
|
Membersihkan Sisa Pepejal Terkawal Yang Dibuang Dengan Menyalahi Undang-Undang
Pembuangan sisa pepejal terkawal yang menyalahi undang-undang, dipanggil juga sebagai sampah haram. Sampah-sampah haram perlu dibersihkan untuk mengelakkan berlakunya pencemaran ke atas alam sekitar, pembiakan penyakit serta kemungkinan berlakunya kebakaran. Ia juga bagi mewujudkan suasana yang bersih serta pemandangan yang elok untuk menjaga imej negara. |

|
|

|
Membersihkan Pantai
Kawasan pantai sering menjadi tumpuan orang ramai dan pelancong dan perlu sentiasa berada dalam keadaan yang bersih dan selamat. Selain daripada membersihkan kawasan pantai daripada sampah sarap di atas tanah, objek-objek berbahaya yang tertanam di dalam pasir seperti kaca, besi, dan seumpamanya yang boleh menyebabkan kecederaan kepada pengunjung perlu dibuang. Pembersihan pantai dilakukan dengan kaedah manual atau jentera/mesin.
|
|
Memotong Rumput Di Tepi Bebendul Jalan Awam Dan Di Tempat Awam.
Pemotongan rumput adalah untuk memastikan persekitaran yang bersih dan selamat daripada binatang berbahaya seperti ular, kala jengking dan seumpanya. Selain itu untuk memberi keselesaan kepada pengguna di tempat awam contohnya di taman rekreasi, padang bola dan seumpanya. Ia juga bagi memelihara pemandangan dan landskap di bebendul jalan. |

|
|

|
Mengalihkan Bangkai
Bangkai yang terdapat di tempat awam biasanya adalah :-
binatang peliharaan - anjing dan kucing
binatang ternakan - lembu, kambing, ayam, dan itik
binatang liar - monyet, musang, ular, babi hutan dan biawak
Bangkai-bangkai di atas perlu dialih dan dilupuskan di tempat yang selamat untuk mewujudkan persekitaran yang bersih, mengelakkan pencemaran serta ketidakselesaan kepada orang awam seperti bau busuk. Terdapat kemungkinan bangkai binatang berpenyakit yang boleh memudaratkan orang ramai. Bangkai-bangkai yang dibiarkan di tempat awam juga boleh menimbulkan gangguan kepada lalulintas. |
Ke atas
|