Sisa Pepejal
Pengurusan Sisa Pepejal
Pembersihan Awam
Perundangan
Kitar Semula
Gis
Penerbitan
Pertubuhan Pengurusan Sisa Pepejal
Universiti
Kalendar Aktiviti
Keratan Akhbar
Soalan Lazim
Syarikat Konsesi
Pautan
Perisian
 
Soalan Lazim

ez16030912372364754.jpg

SOALAN LAZIM

ez13040912396378920.jpgMaklumat Mengenai Sisa
ez13040912396378920.jpgKitar Semula Dan Pemuliharaan
ez13040912396378920.jpgPelupusan Sisa
ez13040912396378920.jpgPenggunaan Sisa
ez13040912396378920.jpgPengkomposan
ez13040912396378920.jpgPembersihan Awam

Jika anda mempunyai sebarang persoalan, sila isi butir-butir di sini. Soalan anda akan dipamerkan bersama dengan jawapan pada laman ini.


Maklumat Mengenai Sisa

a) Apakah itu sisa pepejal?
• Sisa pepejal lebih dikenali sebagai sampah atau bahan – bahan buangan yang dihasilkan setiap hari seperti botol, surat khabar, tin cat, kertas pembalut makanan, bateri, perkakas dan minyak.

b) Apakah jenis – jenis sisa pepejal?
• Sisa pepejal terdiri daripada bahan buangan dari rumah, sisa pembinaan, pembersihan kawasan persekitaran, sampah dari jalanan, perobohan atau peruntuhan bangunan lama. Bahan – bahan buangan atau sampah ini kebanyakkannya dari kawasan perumahan dan kompleks komersial.

c) Apakah perbezaan di antara MSW (Municipal Solid Wastes) dan sisa “Non – MSW (perobohan)?
• MSW terdiri daripada sisa perbandaran, tulang – tulang haiwan, sisa-sisa haiwan, tanaman, kayu dan debu. Manakala “Non – MSW” terdiri daripada sisa binaan seperti kayu balak, kaca, perabot, vinil (plastik), tilam, pertukangan kayu dan bahan penyerap cecair.

d) Apakah bahan yang tidak selamat untuk dibuang ke dalam tong sampah?
• Terdapat beberapa bahan atau barangan dari rumah yang tidak sepatutnya dibuang ke dalam tong sampah. Banyak barangan rumah yang biasa digunakan seperti cat, bahan pencuci, minyak, bateri dan pestisid mempunyai kandungan yang merbahaya dan boleh menjejaskan kesihatan.

e) Apakah cara yang sesuai untuk penyimpanan sisa pepejal?
• Sisa pepejal hendaklah disimpan di dalam kontena atau bekas yang diikat ketat. Sisa pepejal tidak boleh disimpan melebihi 7 hari, untuk mengelakkan berlakunya penyebaran penyakit atau menarik perhatian lalat atau vektor yang dapat mengancam kesihatan.

Kembali ke atas



ez16030912372364755.jpg
Kitar Semula Dan Pemuliharaan

a) Apakah itu kitar semula?
• Kitar semula merupakan pengumpulan semula barang – barang atau bahan – bahan yang telah digunakan atau dibuang supaya dapat di proses untuk dijadikan suatu produk yang baru.

b) Apakah jenis bahan – bahan yang boleh di kitar semula?
• Antara barang – barang atau bahan – bahan yang boleh dikitar semula adalah tin minuman aluminium, bekas makanan, tin aerosol, botol HDPE dan PET, botol kaca, kertas, surat khabar, majalah dan kadbod.

c) Bagaimanakah pengitaran semula dilakukan?
• Terdapat 2 cara pengitaran semula, iaitu pemprosesan semula secara fizikal dam pemprosesan semula secara biologikal (pembajaan dan penguraian secara anaerobik).

d) Apakah itu penguraian anaerobik?
• Ianya merupakan suatu siri proses di mana mikroorganisma digunakan untuk menguraikan bahan – bahan biodegradasi dalam keadaan tanpa oksigen. Penguraian anaerobik adalah merupakan satu sumber tenaga yang dapat diguna semula kerana proses ini menghasilkan biogas yang kaya dengan gas metana dan karbon dioksida yang sesuai untuk penghasilan tenaga alternatif dan dapat menggantikan kebergantungan kepada bahan api fosil.

Kembali ke atas



ez16030912372365543.jpg
Pelupusan Sisa

a) Apakah kaedah – kaedah pelupusan sisa?
• Kaedah – kaedah pelupusan sisa ialah :
- Pembuangan di laut
- Tapak pelupusan
- Insinerator
- Pembuangan terbuka
- Kitar semula

b) Apakah itu tapak pelupusan?
• Tapak pelupusan merupakan kemudahan fizikal untuk pembuangan atau pelupusan sisa pepejal/sampah di dalam tanah.

c) Adakah tapak pelupusan sangat penting?
• Dengan peningkatan penghasilan sisa pepejal di negara ini, tapak pelupusan sangat penting kerana ianya membekalkan cara yang mudah, untuk membuang sisa yang bahaya dan tidak merbahaya. Selagi kita menghasilkan sisa, selagi itulah tapak pelupusan akan wujud.

Kembali ke atas

ez16030912372365542.jpg

Penggunaan Sisa

a) Adakah cara untuk kita menggunakan semula sisa yang dihasilkan?
• Ya, sisa boleh digunakan semula untuk perkara yang berfaedah seperti guna semula, pembajaan dan penghasilan. Penggunaan semula sisa bukan sahaja membantu mengurangkan sisa tetapi juga memberi kesan positif kepada persekitaran. Ianya juga membantu memelihara alam sekitar kita dan sumber semulajadi. Contohnya proses pembuatan baja sangat efektif dan hasil ladang, tanah pertanian,taman dan tanah yang berumput merupakan satu cara yang efektif kerana kos pembajaan menjadi lebih murah berbanding penggunaan baja bukan organik.

b) Bagaimanakah kita dapat meningkatkan penggunaan sisa?
• Sisa boleh diguna semula selepas menjalani rawatan yang sesuai untuk menghapuskan patogen atau bakteria. Ianya perlu diubah suai sebelum digunakan. Contohnya pembajaan secara enapan sebagai sumber bahan organik semulajadi, pengairan air sisa, penggunaan debu batu arang dalam industri pembinaan. Ini adalah cara-cara penggunaan semula sisa untuk kepentingan alam sekitar dan juga ekonomi.

Kembali ke atas


ez16030912372365541.jpg

Pengkomposan

a) Apakah itu pengkomposan?
• Pengkomposan ialah proses pereputan atau penguraian bahan organik seperti sisa makanan dan sisa perkarangan rumah yang diuraikan menjadi humus, bahan mirip tanah. Pengkomposan adalah cara semulajadi untuk kitar semula sisa organik menjadi tanah baru yang dapat digunakan untuk penanaman bunga atau sayur, landskap dan banyak lagi.

b) Apakah bahan yang boleh digunakan untuk pengkomposan?
• Kebanyakkan sisa perkarangan rumah seperti daun, rumput, batang pokok, ranting, dahan dan lalang boleh digunakan. Sisa-sisa lain yang juga boleh digunakan adalah sisa makanan seperti kulit buah, sayur, serbuk kopi, roti yang sudah rosak dan kulit telur.

c) Apakah proses pengkomposan?
• Pengkomposan yang melalui proses aerobik, melibatkan penguraian secara biologikal dengan penggunaan mikrob dalam keadaan kehadiran oksigen. Hasil utama proses biologikal ini adalah gas karbon dioksida dan haba. Pembajaan melalui proses anaerobik belaku tanpa kehadiran oksigen. Hasil utama proses secara anaerobik adalah metana, karbon dioksida, asid-asid organik dan alkohol. Antara 2 proses ini, proses anaerobik lebih efisien.

d) Apakah faedah yang diperolehi daripada pengkomposan?
• Memusnahkan biji lalang dan patogen pembawa penyakit
• Mengurangkan bau semasa operasi penaburan baja
• Mengurangkan jumlah baja yang digunakan
• Menghasilkan tanah yang berkualiti dengan bahan organik yang lebih stabil
• Melambatkan pelepasan nutrien (nitrogen) adalah berfaedah kepada tanaman dan mikrob tanah.

e) Apakah faedah pengkomposan kepada tanah?
• Pengkomposan mengandungi sumber organik yang mempunyai abiliti yang unik untuk memperbaiki tahap kimia, biologi dan fizikal sumber tanah. Faedah yang lain adalah seperti berikut :
• Boleh memperbaiki susunan tanah
• Mengurangkan kepadatan dan kemampatan tanah
• Membekalkan nutrisi makro dan mikro
• Meningkatkan pengudaraan dan kemampuan takungan air
• Menghalang penyakit dari tanah
• Mengurangkan hakisan tanah dan kehilangan nutrisi
• Menggalakkan pertumbuhan bakteria berfaedah kepada tanah

f) Apakah isi dari rumah yang boleh melalui proses pembajaan?
• Roti, serbuk kopi, kulit telur, daun, kayu, ranting dan lain – lain boleh dilakukan pembajaan.

g) Apakah isi rumah yang tidak boleh dilakukan pembajaan?
• Tulang, sisa haiwan, produk tenusu, pokok – pokok yang berpenyakit, lemak khinzir, minyak semuanya tidak boleh melalui proses pembajaan.

Kembali ke atas


Pembersihan Awam

1. Apakah yang dimaksudkan dengan Perkhidmatan Pengurusan Pembersihan Awam ?

Menurut Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672), perkhidmatan pengurusan pembersihan awam ertinya perkhidmatan yang berikut:

a) membersihkan jalan awam, tempat awam, tandas awam dan longkang awam;

Jalan Awam :

-mana-mana jalan awam yang sedang diperbaiki atau disenggarakan oleh PBT atau

-yang telah dipindahkan hakmilik kepada atau telah terletak hak pada PBT di bawah mana-mana undang-undang bertulis.

-TIDAK termasuk jalan Persekutuan, jalan Negeri, lebuh raya, jambatan, terowong atau apa-apa yang bersambung kepada jalan itu yang disenggarakan dan dijaga oleh mana-mana pihak berkuasa Persekutuan/Negeri/mana-mana orang persendirian/badan persendirian


Jalan Persekutuan :

- Jalan-jalan Persekutuan yang diwartakan di bawah Menteri Kerja Raya Malaysia.

- > 16,000 km Jalan Persekutuan di seluruh negara termasuk di Sabah dan Sarawak.

- Jalan-jalan ini diberi nama laluan masing-masing dan di selenggara oleh KKR melalui konsep penswastaan.

Tempat Awam :

- mana-mana ruang terbuka, tempat letak kereta, taman, tempat atau medan rekreasi dan bersuka-suka, sama ada terkepung atau tidak, yang dikhaskan atau diuntukkan bagi kegunaan awam atau yang kepadanya orang ramai mempunyai akses pada bila-bila masa

Tandas Awam :

- tandas yang dimiliki dan diselenggara oleh PBT

Longkang Awam :

- Longkang di Kawasan Perkhidmatan dalam Tempat Awam atau sepanjang Jalan Awam dikendalikan oleh PBT (tidak termasuk longkang yang diselenggara oleh Jabatan Pengairan dan Saliran dan Jabatan Kerja Raya) yang meliputi :

(1)roadside scupper or gutter drains;

(2)sump;

(3)open cement/masonry drains;

(4)slab covered cement/masonry drains;

(5)cement/masonry drains covered by fixed concrete slabs;

(6)storm water drains;

(7)culverts;

(8)cascading drains;

(9)berm drains; or

(10)earth drain

b) Membersihkan-

1. pusat penjaja kecuali medan makan yang dipunyai dan disenggarakan secara persendirian; dan

2. pasar kecuali pasar yang dipunyai dan disenggarakan secara persendirian;

Pusat Penjaja :

- Pusat penjaja yang dimiliki oleh PBT

Pasar Awam :

- Pasar Awam yang dimiliki oleh PBT

c) membersihkan sisa pepejal terkawal yang dibuang dengan menyalahi undang- undang di atas jalan awam dan di tempat awam;

Pengalihan Sisa yang Dibuang Secara Haram :

-Merujuk pada pembuangan sampah di tempat umum seperti pinggir jalan atau tapak pelupusan haram atau tanah peribadi di mana sampah dibuang tanpa kelulusan PBT atau PPSPPA.

d) membersihkan pantai;

Pantai Awam :

- Pantai Awam yang dimiliki oleh PBT

e) memotong rumput di tepi bebendul jalan awam;

f) memotong rumput di tempat awam; dan

g) mengalihkan bangkai,

Pengalihan Bangkai :

- mengalihkan bangkai binatang seberat 20 kg atau lebih, yang ditemui di dalam lingkungan dalam Zon Pembersihan.

Kerja -kerja Pembersihan Awam tidak termasuk pelandskapan dan penyenggaraan jalan awam dan tempat awam.

2. Apakah kepentingan aktiviti pembersihan awam kepada masyarakat?

  • Kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di bawah perkhidmatan menjadi lebih bersih, sihat dan cantik seperti yang dinyatakan dalam National Strategic Plan .

  • Mewujudkan persekitaran yang bebas penyakit.

  • Menarik pelancong-pelancong dari luar negara untuk menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan.

  • Mencapai hasrat Malaysia untuk menjadi sebuah negara bersih dan sejahtera.

3. Bagaimanakah orang awam boleh memberikan sumbangan di dalam

aktiviti pembersihan awam?

Sumbangan orang awam di dalam aktiviti pembersihan awam boleh dilihat melalui kesedaran dan tanggungjawab individu terbabit. Ia boleh dilihat dengan mengamalkan sikap;

  • Tidak membuang sampah-sarap di tempat-tempat awam.

  • Amalan saling tegur-menegur di antara satu sama lain sekiranya melihat perbuatan individu yang tidak bertanggungjawab yang bertindak membuang sampah-sarap merata-rata.

  • Menyertai kempen yang dilaksanakan oleh pihak berkuasa dan badan bukan kerajaan(NGO). Orang awam boleh melibatkan diri di dalam pelbagai aktiviti seperti program gotong-royong, kempen kitar semula dan lain-lain aktiviti ketika mempunyai masa lapang.

  • Menggunakan tong kitar semula yang disediakan dengan betul.

  • Membantu pihak berkuasa dengan memberikan maklumat sekiranya melihat sebarang kejadian berkaitan dengan aktiviti pembersihan awam.

    Orang awam boleh meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan pembersihan awam dengan mengemukakan aduan mengenai masalah pembersihan awam yang berlaku di kawasan setempat mereka dengan melawati ;

    serta boleh terus menghubungi kami di ;

  • Talian Aduan Pelanggan - 1-800-88-7472

    (waktu operasi : 8.00 pagi - 8.00 malam)

4.Siapakah pihak- pihak yang terlibat secara langsung di dalam melaksanakan aktiviti pembersihan awam?


  • Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA)

    (Bahagian Pembersihan Awam)

  • Syarikat Konsesi ( Alam Flora Sdn. Bhd./Southern Waste Management Sdn. Bhd./ E-Idaman Sdn Bhd)

  • Anggota penguatkuasa (PPSPPA) daripada cawangan di seluruh negeri di semenanjung Malaysia.

    5.Bagaimanakan pihak yang bertanggungjawab memastikan aktiviti pembersihan awam dilaksanakan dengan cekap dan berkesan?

Kerajaan telah menetapkan kualiti kerja Pembersihan Awam yang dilakukan oleh Syarikat Konsesi dengan menetapkan senarai KPI ( Key Performance Indicator ) yang telah dinyatakan di dalam Perjanjian Konsesi. Prestasi Syarikat Konsesi akan dipantau oleh Perbadanan. Sekiranya Syarikat Konsesi gagal melaksanakan kerja-kerja pembersihan mengikut KPI yang ditetapkan, tindakan tertentu akan dikenakan.


6. Bilakah kerja - kerja pembersihan jalan awam dilakukan?

Kerja-kerja pembersihan jalan dijalankan setiap hari di jalan protokol dan jalan utama sebagaimana skop kerja.

Manakala, kerja-kerja pembersihan jalan dilakukan 2 kali sebulan di kawasan perumahan dan 3 kali seminggu di kawasan tumpuan orang ramai atau komersial.


7. Bilakah kerja - kerja pembersihan longkang awam dilakukan?

Semua longkang di dalam perjanjian konsesi dibersihkan pada ketetapan masa 30 hari satu pusingan.

Semua longkang besar di dalam perjanjian konsesi dibersihkan sekurang — kurangnya setahun sekali.



8. Bilakah kerja - kerja pemotongan rumput di kawasan awam dilakukan?

Kerja-kerja pemotongan rumput sekurang-kurangnya sebulan sekali di kawasan perumahan dan 2 minggu sekali di kawasan tumpuan orang ramai dan kawasan pekan.

Pemotongan rumput di taman permainan, kawasan lapang, bahu jalan, padang dan tempat awam dipotong dengan ketetapan masa 21 hari satu pusingan.

9.Bilakah kerja - kerja pembersihan kawasan awam ( Pasar Awam, Pusat Penjaja, Tandas Awam, Pantai Awam dan Tempat Awam) dilakukan?

Kerja — kerja pembersihan kawasan awam ( Pasar Awam, Pusat Penjaja, Tandas Awam, Pantai Awam dan Tempat Awam) dilakukan pada setiap hari.

Kembali ke atas

 
 

© YBhg. Datuk Haji Zaini Bin Md Nor. Hak Cipta Terpelihara
Dikemaskini pada 07 November 2012 | Dasar Privasi
web counter