Aktiviti yang tertakluk kepada kajian EIA
Didefinisikan mengikut saiz projek (ikut keluasan) atau kuantum dan semua yang tidak boleh dinilai mengikut unit pengukuran.
Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti Yang Tersenarai)(Penilaian Impak Alam Sekitar 1987) menyenaraikan 19 kategori major yang mensyaratkan EIA dilakukan sebelum menjalankan aktiviti. Antara aktiviti tersebut adalah :
-
Pertanian
-
Lapangan Terbang
-
Perikanan
-
Industri
-
Janaan dan Pemindahan Kuasa
-
Rawatan dan Pelupusan Sisa
-
Pengangkutan
-
Taman Rekreasi dan resort
-
Infrastruktur
-
Petroleum
-
Penggunaan tanah
-
Perhutanan
-
Perumahan
-
Perparitan dan Saliran
-
Kuari
-
Bekalan Air
-
Landasan Keretapi
-
Pelabuhan
-
perlombongan
Permulaan kepada kajian EIA
Konsep Projek.
Pemaju harus memastikan konsep projek pembangnan mestilah tidak bercanggah dengan mana-mana pelan pembangunan, polisi ataupun apa-apa keputusan yang dibuat oleh kerajaan melalui Kajian EIA, antaranya ialah (tidak tertakluk kepada yang dibawah sahaja):
1. Pelan Pembangunan Nasional.
2. Pelan Struktur.
3. Pelan Tempatan.
4. Pelan Bersekutu (antara negeri)
5. Persetujuan antara Kerajaan dengan Kualiti Alam Sdn. Bhd untuk pelupusan bahan buangan berkala.
6. Persetujuan antara Kerajaan Malaysia dan Pantai Medivest Sdn Bhd, Faber Mediserve Sdn Bhd., dan Radicare Sdn Bhd untuk proses pelupusan bahan sisa klinikal daripada hospital- hospital kerajaan.
7. Garis panduan pembangunan di kawasan tinggi.
8. Garis panduan untuk zon pendudukan industry.
Keatas
Pemilihan Tapak Projek
Kriterian untuk pemilihan tapak baru biasanya merangkumi aspek kejuruteraan, alam sekitar dan ekonomi. Pada kebiasaannya, kriteria-kriteria ini menghadkan pilihan tapak yang sesuai kepada bilangan yang sedikit. Pun begitu, tapak-tapak ini masih perlu dikaji dan disiasat untuk memastikan kesesuaian melalui kaedah lawatan ke tapak dan analisis maklumat sedia ada. Pada tahap ini, langkah-langkah untuk melindungi alam sekitar dan pnyelesaian masalah sosioekonomi juga diambil kira. Sekiranya projek terletak berhampiran dengan petempatan awam ataupun laluan sumber air bersih, pengguna akan mendapat kesan langsung daripada projek tersebut. Jadi, isu pampasan dan pelaburan sifar juga diambil kira dalam EIA.
Pemaju juga tidak digalakkan untuk memilih kawasan yang dikenali sebagai Kawasan Sensitif (ESA) ataupun berhampiran; sepertimana yang dinyatakan dalam Pelan Pembangunan Nasional (April 2005). ESA harus diintegrasikan dalam perancangan dan pengurusan tanah dan sumber alam bagi memastikan pembangunan yang lestari. Pengurusan ESA harus mengikut criteria berikut :
Ranking 1 ESA — Tiada pembangunan, pertanian atau pembalakan boleh dilakukan kecuali untuk tujuan eko-pelancongan, kajian dan pembelajaran
Ranking 2 ESA — Tiada pembangunan dan pertanian. Pembalakan secara lestari dan eko-pelancongan dibolehkan dengan syarat-syarat tertentu.
Ranking 3 ESA — Pembangunan terkawal boleh dilakukan dengan kawalan ketat bergantung kepada masalah-masalah yang mungkin timbul.
Keatas
Keperluan Prosedur dalam EIA
Bermula 1hb Jun 2007, hanya jururunding EIA yang berdaftar dengan Jabatan Alam Sekitar dibawah satu skim baru iaitu Skim Pendaftaran jururunding EIA yang boleh melakukan kajian EIA (sebelum jni, pemaju projek yang mempunyai kemampuan dalaman atau mana-mana jururunding EIA boleh melakukan kajian EIA).
Ini berlaku kerana Jabatan Alam Sekitar ingin memastikan hanya profesional yang berpengalaman dan kompeten shaja boleh melakukan kajian EIA. Senarai jururunding EIA berdaftar dipaparkan di laman web Jabatan Alam Sekitar dalam tiga (3) kategori :
Dua prosedur yang diamalkan di Malaysia adalah Penilaian Awal dan Penilaian Teliti.
Penolakan laporan EIA yang diterima adalah disebabkan oleh kegagalan pihak perunding menyediakan laporan EIA mengikut kehendak Seksyen 34A(4), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 berdasarkan kepada asas — asas berikut :
-
Langkah tebatan dan kawalan pencemaran yang dicadangkan tidak mencukupi atau tidak merangkumi aspek-aspek kritikal yang dikenalpasti;
-
Gagal menyediakan maklumat yang mencukupi berkaitan isu-isu kritikal yang dikenalpasti.
-
Penentuan sempadan projek yang masih belum dimuktamadkan;
-
Cadangan konsep pembangunan yang belum dimuktamadkan;
-
Penyediaan garis dasar kualiti alam sekeliling yang tidak memuaskan dan tidak mengikut keperluan yang ditetapkan; dan
-
Ketidaksesuaian tapak pembangunan dan persekitaran dengan cadangan pembangunan yang hendak dilaksanakan.
Keatas