Environment Idaman Sdn Bhd (ENVI) merupakan sebuah syarikat konsesi yang telah dilantik oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bagi mempertingkatkan kualiti pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam serta memberi kepuasan yang lebih baik kepada pihak pengguna di kawasan utara Semenanjung Malaysia.
Mandat yang telah diberikan melalui Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (Akta 672) menjadikan ENVI sebuah syarikat yang akan melaksanakan kerja-kerja pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam secara bersepadu dan efektif bagi memastikan persekitaran yang lebih baik, sihat dan mampan selaras dengan moto syarikat iaitu “Preserving Our Environment” dengan membawa maksud Pelihara Persekitaran Kita.