Mengikut laporan Rancangan Malaysia Kesembilan 2006-2010, jumlah sisa pepejal yang dijana di Semenanjung Malaysia meningkat daripada 16,200 tan metrik sehari pada tahun 2001 kepada 19,100 tan metrik sehari pada 2005. Jumlah ini dianggarkan akan meningkat kepada 30,000 tan sehari pada tahun 2020. Secara puratanya, pada masa ini seorang warga Malaysia menjanakan sebanyak 0.8 kilogram sisa pepejal sehari. (Sumber : Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, 2008).
Komposisi sisa pepejal
Kadar komposisi sisa pepejal adalah berbeza di antara kawasan kerana ia dipengaruhi oleh beberapa faktor, di antaranya sosio ekonomi dan gaya hidup seseorang. Secara puratanya komposisi sisa pepejal isi rumah di Malaysia adalah seperti berikut:
( Sumber : Rancangan Malaysia Ke - 9)