Sisa Pepejal
Pengurusan Sisa Pepejal
 
Elemen Pengurusan Sisa Pepejal
 
Penjanaan Sisa Pepejal
Penstoran
Kutipan
Pengangkutan Bagi Kutipan Sisa Pepejal
Rawatan Perantaraan
Pelupusan
Kesan Pengurusan Sisa Pepejal Yang Tidak Sistematik
 
Impak Kepada Alam Sekitar
Impak Kepada Sosial
Impak Kepada Kesihatan Manusia
Pemantauan Alam Sekitar
Penilaian Impak Alam Sekitar(EIA)
Peranan dan Tanggungjawab
Pembersihan Awam
Perundangan
Kitar Semula
Gis
Penerbitan
Pertubuhan Pengurusan Sisa Pepejal
Universiti
Kalendar Aktiviti
Keratan Akhbar
Soalan Lazim
Syarikat Konsesi
Pautan
Perisian
 
Pengangkutan Bagi Kutipan Sisa Pepejal

Pengangkutan merupakan satu aktiviti mengangkut sisa pepejal dari tempat penstoran untuk dihantar ke pusat rawatan perantaraan atau terus ke tapak pelupusan dengan menggunakan kenderaan kutipan yang dikhaskan.

Berikut adalah jenis -jenis lori yang biasa digunakan untuk kutipan sisa di Malaysia:

  1. Lori Kompaktor

  2. Lori Terbuka (Open Lorry)

  3. Lori RORO(Roll On Roll Off Lorry)

  4. Long Haulage Vehicle

  5. Motorsikal beroda tiga (Tricycle)

1. Lori Kompaktor

Lori Kompaktor digunakan untuk mengutip sisa pepejal di kawasan perumahan, komersial, institusi dan industri kecil dan sederhana. Ia terdiri daripada pelbagai saiz mengikut kapasiti yang mampu dibawa oleh lori tersebut sebagai contoh kompaktor 4 tan, 7 tan dan 12 tan. Lori ini mempunyai sistem pemampatan yang membolehkan lebih banyak sisa dapat dimuatkan ke dalam lori tersebut. Selain itu ia juga mempunyai tangki leachate bagi mengelakkan tumpahan ketika aktiviti pengutipan dan pengangkutan.


ez19080912507248160.png pengangkutan-bagi-kutipan-sisa-pepejal.png


2. Lori Terbuka (Open Lorry)

Lori terbuka sesuai digunakan mengangkat bahan kitar semula, sisa kebun dan sisa pukal (bulky waste). Ia terdiri daripada pelbagai saiz mengikut kemampuan sisa yang dapat dimuatkan ke dalam lori tersebut sebagai contoh lori 3 tan, 5 tan dan 10 tan. Lori ini mempunyai pintu pada bahagian belakang yang memudahkan proses mengutip dan membuang sisa. Ia perlu ditutup dengan kanvas selepas pengutipan agar tiada sisa yang tercicir.

ez19080912507240263.PNG ez19080912507240264.PNG


3. Lori RORO(Roll-On Roll -Off)

Lori RORO digunakan untuk mengangkat tong
RORO yang biasanya digunakan di pangsapuri, kondominium, pasar, industri dan kawasan pembinaan. Ia menggunakan sistem hidraulik bagi mengangkat tong RORO dan membuang sisa. Ia perlu ditutup dengan kanvas selepas pengutipan agar tiada sisa yang tercicir.


ez19080912507248162.PNG ez19080912507248163.PNG


4. Motor beroda tiga (Tricycle)

Motor beroda tiga sesuai digunakan untuk mengutip sisa di kawasan yang mempunyai laluan yang sempit di mana kenderaan pengangkutan lain tidak boleh melaluinya, sebagai contoh di kawasan kampung. Kenderaan ini akan mengutip sisa dari premis ke premis dan membawanya ke pusat pengumpulan yang kebiasaannya terletak di tepi jalan utama.


ez19080912507240671.png ez19080912507240672.png


5. Long Haulage Vehicle

Long Haulage Vehicle digunakan untuk mengangkat sisa yang telah dimampatkan daripada stesen pemindahan ke tapak pelupusan seperti yang digunakan oleh Stesen Pemindahan Taman Beringin yang bermuatan bersih 20 tan dapat memuatkan sisa daripada 5 buah lori kompaktor 4 tan. Ia dapat menjimatkan kos pengangkutan sisa bagi kawasan yang terletak jauh daripada tapak pelupusan. Selain daripada itu masa yang dijimatkan oleh kompaktor untuk menghantar sisa secara terus ke tapak pelupusan boleh dimanfaatkan untuk membuat kutipan di kawasan lain.

ez19080912507240260.png





Ke atas



 
 

© YBhg. Datuk Haji Zaini Bin Md Nor. Hak Cipta Terpelihara
Dikemaskini pada 07 November 2012 | Dasar Privasi
web counter