|
Impak Kepada Kesihatan Manusia
Kumpulan yang berisiko tinggi untuk mengalami gangguan kesihatan terdiri daripada populasi yang tidak mempunyai pengurusan sisa yang sistematik. Terutama sekali kanak — kanak, pekerja, pengangkut sampah dan pekerja kilang bahan toksik dan bahan mudah berjangkit. Kumpulan berisiko tinggi yang lain adalah populasi yang menetap berhampiran kawasan tapak pembuangan sampah serta sumber air yang telah tercemar akibat pembuangan sampah sarap atau tapak pelupusan yang bocor.
Jangkitan penyakit
-
Jangkitan penyakit kulit dan darah terjadi akibat daripada sentuhan secara langsung dengan sisa (sampah).
-
Jangkitan mata dan pernafasan terjadi apabila terdedah kepada debu terutama sekali ketika operasi tapak pelupusan.
-
Vektor pembawa penyakit yang mengakibatkan wabak penyakit :
a. Lalat yang membiak di kawasan ini merupakan vektor yang efektif dalam penyebaran penyakit
b. Nyamuk yang membiak di air takungan bekas-bekas sampah menyebarkan penyakit malaria dan denggi
c. Tikus yang tinggal dan mencari makanan di tapak pelupusan menyebarkan penyakit dan merosakkan kabel elektrik
Penyakit kronik
Terdapat gas-gas yang dilepaskan semasa proses penguraian sisa pepejal di tapak pelulusan sampah seperti SO2 , NOX , Dioxin ,Sulfur ,CO ,Amonia dan lain-lain.Gas ini apabila masuk ke dalam tubuh manusia akan bertindakbalas dengan kimia yang terdapat dalam organ manusia dan mengghasilkan toksin yang merbahaya kepada manusia. Ini seterusnya akan berpotensi menyebabkan penyakit kronik seperti berikut :-
-
Hepatotoxicity
Hepatotoxicity (daripada hepatic toxicity) terjadi akibat daripada kerosakan hati akibat tindakan bahan kimia. Hati merupakan organ penting yang memainkan peranan untuk menapis bahan kimia di dalam badan mudah mengalami kerosakan akibat bahan ini.
-
Nephrotoxicity
Nephrotocity (dari perkataan greek : nephros “ginjal”) terjadi akibat kesan keracunan beberapa jenis bahan kimia atau ubat yang merosakkan ginjal. Terdapat pelbagai jenis ketoksidan dan tidak harus dikelirukan dengan kesan sampingan pengambilan ubat untuk merawat gangguan renal (heparin).
-
Pulmonary toxicity
Pulmonari toxicity bermaksud kerosakan pada paru — paru. Kebanyakan kes ini berlaku akibat bahan kimia dan bahan-bahan zarah.
-
Neurotoxicity
Neurotoxity terjadi apabila terdedah kepada bahan toksid buatan ataupun semulajadi yang dikenali sebagai neurotoxin yang mampu mengubah fungsi aktiviti normal sistem saraf. Penyakit ini akan memusnahkan neuron dan sel-sel yang paling penting di dalam fungsi otak dan bahagian saraf yang lain. Simptom — simptom yang ketara ialah lemah anggota badan atau rasa kebas, hilang ingatan, penglihatan atau pemikiran, sakit kepala, masalah perlakuan kognitif dan masalah sikap dan masalah seksual. Individu dengan penyakit tertentu mudah dijangkiti neurotoxin.
-
Immunotoxicity
Immunotoxin adalah sejenis bahan kimia yang menyebabkan kegagalan sistem imun apabila berlakunya pendedahan. Apabila sistem imun lemah risiko jangkitan penyakit dan kanser adalah tinggi. Immunotoxin boleh menyebabkan autoimmune disease, satu penyakit dimana sistem imun berada pada tahap terlebih aktif dan mula memusnahkan sel-sel badan.
*Penyakit kronik terjadi apabila leachate mengandungi logam berat mencemarkan sumber air dan secara tidak langsung menganggu rantaian makanan manusia.
|