|
Kutipan
|
Kutipan merupakan proses mengutip atau mengumpul sisa pepejal domestik, sisa pukal atau bahan kitar semula di tong setiap premis atau punca janaan sisa pepejal dan dimasukkan ke dalam kutipan. Kenderaan kutipan kemudiannya akan membawa sisa pepejal ini samada ke stesen pemindahan, insinerator, Kemudahan Bahan Api Terbitan (Refuse Derived Fuel (RDF), Kemudahan Perolehan Semula Sumber (Material Recovery Facilities (MRF) atau terus ke Tapak Pelupusan.

|
|
|
Kaedah Kutipan
Kaedah kutipan terdiri daripada pelbagai jenis iaitu:
-
Kutipan di bebendul jalan – Kutipan yang dilakukan ke atas tong yang diletakkan di tepi jalan sebagai contoh tong sampah di perhentian bas dan tempat awam.
-
Kutipan berpusat – Kutipan dilakukan di kawasan yang dikhaskan untuk pengumpulan sisa contohnya rumah sampah dan tong komunal. Pengguna perlu membawa sisa ke rumah sampah atau tong komunal. Kaedah ini digunakan di pangsapuri, kondominium, pasar, premis komersial dan seumpamanya.
-
Kutipan Dari Premis Ke Premis – Pekerja akan mengutip sisa dari premis ke premis dan dibuang ke dalam kenderaan kutipan. Ini merupakan cara yang paling banyak diamalkan di Malaysia.
|
|
|