Sisa Pepejal
Pengurusan Sisa Pepejal
 
Elemen Pengurusan Sisa Pepejal
 
Penjanaan Sisa Pepejal
Penstoran
Kutipan
Pengangkutan Bagi Kutipan Sisa Pepejal
Rawatan Perantaraan
Pelupusan
Kesan Pengurusan Sisa Pepejal Yang Tidak Sistematik
 
Impak Kepada Alam Sekitar
Impak Kepada Sosial
Impak Kepada Kesihatan Manusia
Pemantauan Alam Sekitar
Penilaian Impak Alam Sekitar(EIA)
Peranan dan Tanggungjawab
Pembersihan Awam
Perundangan
Kitar Semula
Gis
Penerbitan
Pertubuhan Pengurusan Sisa Pepejal
Universiti
Kalendar Aktiviti
Keratan Akhbar
Soalan Lazim
Syarikat Konsesi
Pautan
Perisian
 
Kompos

Pengenalan

Kompos adalah hasil proses penguraian tidak lengkap dari campuran bahan-bahan organik dan mikrob dalam pelbagai kondisi. Pengkomposan pula adalah proses bahan organik mengalami penguraian secara biologi dengan bantuan mikrob-mikrob sebagai sumber tenaga. Proses ini meliputi membuat campuran bahan yang seimbang, air yang mencukupi, aturan pengudaraan yang baik dan pemilihan kaedah-kaedah dan cara-cara tertentu.

Bahan-bahan organik akan mengalami penguraian secara semulajadi dengan bantuan mikrob dan kandungan bahan yang terdapat dalam tanah. Namun proses penguraian secara semulajadi ini lambat dan mengambil masa yang lama. Untuk mempercepatkan proses ini, pelbagai kaedah di perkenalkan melalui peningkatan teknologi dengan mengekalkan proses penguraian secara semulajadi.

Bahan-bahan yang boleh dikomposkan adalah seperti sisa pepejal dari dapur, sisa pepejal pasar, kertas, sisa pepejal hasil pertanian dan penternakan. Terdapat juga bahan organik yang mengambil masa yang lama untuk dikomposkan seperti tulang, tanduk dan rambut.

Terdapat dua proses dalam pengkomposan iaitu pengkomposan secara aerobik dan pengkomposan secara anaerobik. Pengkomposan secara aerobik ialah proses pengkomposan semulajadi dengan bantuan pengudaraan yang mencukupi. Kaedah ini tidak memerlukan belanja yang besar kerana menggunakan mikrob sedia ada dalam bahan semulajadi. Selain itu, kaedah ini tidak begitu digemari kerana memakan masa yang agak panjang dan menghasilkan bau busuk yang kurang menyenangkan.

Bagi pengkomposan anaerobik pula merupakan proses pengkomposan menggunakan mikrob tertentu bergantung pada kaedah yang digunakan. Kebiasaannya pengudaraan untuk proses ini terkawal dan kawalan bau dapat diminimumkan dengan bantuan mikrob. Masa penguraian adalah bergantung kepada kaedah tertentu.

Objektif Umum Pengkomposan

  1. Untuk transformasikan bahan organik yang terbiodegrasi ke bahan biologi yang lebih stabil dan dalam proses tersebut, isipadu sisa dapat dikurangkan

  2. Untuk memusnahkan patogen, telur serangga, dan organisma yang tidak diperlukan yang berkemungkinan wujud.

  3. Untuk memaksimumkan nutrisi dalam tanah (nitrogen, fosforus, patasium)

  4. Untuk menghasilkan produk yang boleh digunakan untuk menyokong pertumbuhan sel dan sebagai pemindahan tanah (soil amendment).

Keatas

Faedah

Aktiviti pengkomposan memberi banyak manfaat kepada manusia. Kelebihan ini diteliti berdasarkan beberapa faktor antaranya;


    1. Ekonomi

    • Kapasiti penghasilan sisa pepejal dapat dikurangkan

    • Kos pengangkutan untuk pungutan sisa pepejal dapat dikurangkan

    • Kos menyelia tapak perlupusan dapat dikurangkan dan jangka hayat tapak perlupusan lebih panjang.

    • Sisa pepejal yang diasingkan mempunyai nilai dalam pasaran


    2. Alam Sekitar

    • Mengurangkan pencemaran udara akibat pembakaran sisa pepejal

    • Mengurangkan pencemaran bau akibat pengurusan sisa pepejal yang tidak terkawal

    3. Tanah/Pertanian

    • Meningkatkan tahap kesuburan tanah

    • Struktur dan nutrien tanah dapat diperbaiki

    • Meningkatkan kadar serapan

    • Meningkatkan kualiti tanah dan hasil pertanian

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Proses Pengkomposan


1. Nisbah Karbon dan Nitrogen

    Nisbah yang efektif adalah sekitar 30:1 hingga 40:1. Karbon adalah sebagai sumber tanaga dan Nitrogen pula untuk mensintesiskan protien. Apabila nisbah terlalu tinggi akan mengakibatkan proses perkomposan lambat.

2. Ukuran ruang pengudaraan

Mikrob akan berada antara ruang pengudaraan. Permukaan ruang pengudaraan yang luas dapat meningkatkan tindak balas mikrob dalam mempercepatkan proses penguraian.

3. Pengudaraan

    Pengkomposan berlaku dengan cepat sekiranya mendapat bekalan oksigen yang mencukupi. Pengudaraan secara semulajadi terjadi ketika peningkatan suhu yang menyebabkan udara panas keluar dan udara sejuk masuk ke dalam struktur kompos. Pengudaraan ditentukan oleh kelembapan struktur kompos dan akan menghasilkan bau yang kurang menyenangkan.Pengudaraan dapat ditingkatkan dengan pembalikan aliran udara kepada struktur kompos

4. Kelembapan

Kelembapan mempengaruhi metabolisme mikrob dan secara tidak langsung mempengaruhi bekalan oksigen yang terhasil. Kelembapan yang optimum adalah antara 40%-60% dan keadaan mikrob ketika ini berada dalam keadaan aktif dan baik.

5. Suhu

    Suhu yang tinggi antara 30º C hingga 60º C membantu mempercepatkan proses pengkomposan. Walaubagaimanapun suhu yang melebihi 60º C boleh mengakibatkan mikrob mati..

6. pH

    pH optimum pada nilai 6.5 hingga 7.5. Nilai pH akan turun sekiranya kandungan asid tinggi sebaliknya penghasilan amonia mengandungi nitrogen akan meningkatkan nilai pH. Bagi hasil pengkomposan yang hampir sempurna, nilai pH manghampiri neutral.

7. Kandungan tanah

Kandungan P dan K juga penting dalam proses pengkomposan dan biasanya terdapat dalam hasil pengkomposan sisa penternakan.

8. Kandungan bahan bahaya

Bahan organik mungkin mengandungi bahan-bahan yang merbahaya bagi kehidupan mikrob. Contohnya seperti yang terdapat dalam logam berat (seperti zink, nikel, kuprum dan lain-lain) dan mengalami perubahan selama proses pengkomposan berlangsung.

Keatas


Strategi Mempercepatkan Proses Pengkomposan

Tempoh perkomposan bergantung pada bahan yang dikomposkan, kaedah dan mikrob yang digunakan. Secara semulajadi ianya mungkin mengambil masa melebihi 3 bulan dan bergantung pada kematangan kompos yang terhasil. Walaubagaimanapun proses pengkomposan dapat dipercepatkan melalui:

  1. Memanipulasi faktor-faktor yang berpengaruh pada proses pengkomposan.

  2. Menambah organisma yang dapat mempercepatkan proses pengkomposan:mikrob yang dapat mengdegridasi bahan dan penggunaan cacing kompos.

  3. Menggabungkan kaedah 1. dan 2.

Selain itu, beberapa faktor perlu dipertimbangkan dalam menentukan strategi pengkomposan:

  1. Mengetahui kandungan bahan yang akan dikomposkan

  2. Faktor masa yang peruntukkan

  3. Peruntukkan kewangan

  4. Mengkaji kesukaran setiap kaedah yang dirancang


Proses pengawalan yang dilakukan sepanjang aktiviti pengkomposan:

  1. Kawalan suhu

  2. Kawalan kelembapan

  3. Kawalan oksigen

  4. Kawalan nisbah karbon dan nitrogen

  5. Kawalan volume


Mutu Kompos

  1. Mengalami proses pengkomposan yang sempurna serta tidak meninggalkan kesan pada pertumbuhan tanaman

  2. Hasil pengkomposan yang belum sempurna akan menyebabkan persaingan nutrien antara tanaman dan mikrob. Ketidak seimbangan ini akan menyebabkan pertubuhan tumbuhan terhad kerana kekurangan nutrien.

  3. Kompos yang baik mempunyai ciri-ciri berikut:

    • Berwarna coklat tua dan menghampiri warna tanah

    • Tidak larut dalam air

    • Nisbah karbon dan Nitrogen besar antara 10-20.

    • Memberikan kesan yang baik apabila digaul dengan tanah; contohnya pada pertumbuhan tumbuhan

    • Suhu yang sekata

    • Tidak berbau

Keatas


 
 

© YBhg. Datuk Haji Zaini Bin Md Nor. Hak Cipta Terpelihara
Dikemaskini pada 07 November 2012 | Dasar Privasi
web counter