tambah asal tolak biru merah hijau

aduansisatollfreecallcenter

Pengarah

Faridah Bt Bahara Nordin
Pengarah
Wilayah Persekutuan


FARIDAH BT BAHARA NORDIN, 41 tahun telah dilantik sebagai Pengarah Wilayah Persekutuan pada 1 September 2011. Beliau mempunyai Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Undang-undang daripada University of Newcastle Upon Tyne, United Kingdom dan Ijazah Sarjana Sains Pengurusan daripada Universiti Utara Malaysia. Kemudian beliau telah berkhidmat di Majlis Bandaraya Petaling Jaya sebagai Pengarah Jabatan Penguatkuasa dan Keselamatan selama 11 tahun sebelum berhijrah ke Perbadanan.


Sejarah beliau bermula di Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam pada 1 Disember 2008, sebagai Pengarah Bahagian Penguatkuasaan, Kawal Selia, Pelesenan dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Setelah beliau berkhidmat selama 2 tahun 3 bulan di Bahagian Penguatkuasaan, Kawal Selia, Pelesenan dan Wilayah Persekutuan, beliau telah dilantik menjadi Pengarah negeri Selangor pada 1 Mac 2011 sehingga 1 September 2011. Pada 1 September 2011 hingga kini, beliau bertugas sebagai Pengarah Ibu Pejabat Wilayah Persekutuan dan seramai 96 orang di bawah seliaan beliau.

 

Selain melaksanakan tugas-tugas rasmi di Perbadanan, beliau juga merupakan Ahli Lembaga Koperasi Pegawai dan Pekerja Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam (KOSISA) dan Pemegang amanah Kelab Sukan dan Kebajikan PPSPPA (KESISMA).


Beliau adalah seorang Pengarah yang berkaliber, bertanggungjawab dan mengambil berat terhadap anggota di bawah seliaan beliau. Ketegasan dan kecekapan beliau dalam menjalankan tugas amat dikagumi dan menjadi comtoh kepada semua warga kerja Ibu Pejabat Wilayah Persekutuan.


 

HUBUNGI :

 

PERBADANAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL DAN PEMBERSIHAN AWAM,
IBU PEJABAT WILAYAH PERSEKUTUAN

 

Pn.Faridah

kpktmyGOVmsc1malaysiamampujpabpaspr imems-iconjas sisa etos alamfloraswmsbidamanagromart jpbd jbpm jkt jln jpnjpspn

Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam
Wisma UOA Pantai, Tingkat Mezzanine, 2, 3 & 4, No 11 Jalan Pantai Jaya (Jalan 4/83A),
Peti Surat 12038, 59200 Kuala Lumpur

 

Tarikh Terakhir Portal Ini Dikemaskini: 17/05/2013